Gempa bumi Columbia, rakyat Malaysia selamat

11 Aug 2026 • 10:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gempa bumi Columbia, rakyat Malaysia selamat

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar di Colombia berada dalam keadaan selamat susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.4 magnitud pada skala Richter yang melanda wilayah barat negara itu semalam.

Menurut Wisma Putra, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan kejadian itu yang berlaku pada pukul 7.34 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa bumi terletak
berhampiran daerah San José del Palmar di Wilayah Chocó.

Katanya, gegaran kuat turut dirasai di sebahagian besar negara itu, terutamanya di sekitar wilayah tengah Colombia termasuk Cali, Pereira, Manizales dan Armenia serta di ibu negara, Bogotá yang mengakibatkan kerosakan serius pada bangunan dan infrastruktur.

“Kementerian menzahirkan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Colombia yang terjejas
akibat bencana alam ini.

“Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru yang ditauliahkan secara serentak ke Colombia telah
mengesahkan bahawa kesemua warga Malaysia yang berdaftar di Colombia pada masa ini berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Wisma Putra berkata, pihak berkuasa Colombia masih lagi menilai keadaan semasa termasuk jumlah kemalangan jiwa dan skala penuh kemusnahan.

Katanya, Pihak Kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi.

Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melawat kawasan yang terjejas di Colombia dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya dan mematuhi sepenuhnya segala arahan pihak
berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan tempatan.

Semua rakyat Malaysia yang masih belum
mendaftar turut digesa untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan kadar segera melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera atau ingin menyalurkan maklumat mengenai warganegara Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan yang terjejas, digesa untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru. – KOSMO! ONLINE

The post Gempa bumi Columbia, rakyat Malaysia selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved