
PETALING JAYA – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku di Borneo pada pukul 10.30 malam ini.
Menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berpusat pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.
Pusat gempa berkenaan berada pada kedalaman 392 kilometer, kira-kira 354 kilometer ke selatan Palawan, Filipina dan 88 kilometer ke utara Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Orang ramai khususnya penduduk di kawasan sekitar Sandakan dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan sekiranya berlaku sebarang perkembangan susulan.- KOSMO! ONLINE
The post Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km dari Sandakan appeared first on Kosmo Online.



