Gempa Bumi Magnitud 3.3 Dikesan Di Perairan Batu Pahat – MetMalaysia

LocalEnvironment
21 Jun 2026 • 9:38 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Gempa Bumi Magnitud 3.3 Dikesan Di Perairan Batu Pahat – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Perairan Batu Pahat, Johor pada 1.17 pagi tadi.

Menerusi hantaran dalam Facebook, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada kedudukan 20 kilometer (km) Barat Daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10 km.”Gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat, Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran itu.Jabatan itu turut memohon penduduk sekitar yang merasai gegaran akibat gempa itu agar mengisi borang soal selidik pada pautan https://forms.gle/ZSwro3yNA99u6pq46.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved