Gempa bumi lemah magnitud 3.3 landa perairan Batu Pahat

LocalEnvironment
21 Jun 2026 • 7:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gempa bumi lemah magnitud 3.3 landa perairan Batu Pahat
Orang ramai dinasihat kekal tenang dan mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak tepat. Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 1:17 pagi, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 20 kilometer (km) barat daya dari Batu Pahat, dengan kedalaman 10km.

MetMalaysia memaklumkan bahawa gegaran daripada gempa bumi itu berkemungkinan dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan diterima.

Tambahnya, kejadian berkenaan dikategorikan sebagai gempa bumi lemah dan tidak dijangka mencetuskan sebarang ancaman serius seperti tsunami.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan agar kekal tenang dan mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak tepat.

Malaysia secara umumnya tidak terletak dalam zon lingkaran api Pasifik, namun beberapa kawasan di negara ini boleh merasai kesan gempa bumi yang berlaku di kawasan berhampiran. - Awani

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved