Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

LocalEnvironment
21 Jun 2026 • 10:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 direkodkan di luar pesisir Batu Pahat, Johor  awal pagi tadi.

Ini adalah kejadian kejadian terbaru seismik kecil yang semakin kerap berlaku di daerah itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut berlaku pada jam 1.17 pagi dengan pusat gempa terletak kira-kira 20 kilometer di barat daya Batu Pahat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, pada kedalaman 10 kilometer.

“Gempa bumi lemah direkodkan pada jam 1.17 pagi dan gegaran mungkin dirasai di beberapa kawasan di Johor. 

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan semasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jabatan itu berkata, gegaran mungkin dirasai di beberapa kawasan di Johor, namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat kejadian tersebut.

Gempa bumi terbaharu itu merupakan kejadian kelima yang direkodkan di kawasan Batu Pahat.

Terdahulu, pada 14 Mac lalu, gempa bermagnitud 3.2 melanda kawasan luar pesisir yang sama.

Perkembangan itu menunjukkan corak aktiviti seismik berulang pada magnitud rendah yang kini dipantau rapi oleh agensi meteorologi negara. - Getaran, 21 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved