Gempa bumi sederhana di Kepulauan Andaman, India

2 Sep 2022 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia melaporkan gempa bumi sederhana melanda Kepulauan Andaman, India pada Jumaat.

SHAH ALAM - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Andaman, India pada 3.13 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa pada jarak 133 kilometer (km) Timur Laut dari Utara Andaman itu berlaku pada kedalaman 92 km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kepulauan Andaman terletak berhampiran Myanmar.