Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan

10 May 2025 • 10:24 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia, 6.45 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada kedalaman 171 kilometer (km) itu pada jarak 413 km selatan dari Ambon, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan terhadap Malaysia.

– BERNAMA