Gempa lemah landa Batu Pahat petang semalam, tiada gegaran kuat

LocalEnvironment
4 Sep 2025 • 8:32 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter dikesan melanda kawasan Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat, pada 6.39 petang semalam.

Menurut laman sesawang myGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berada di koordinat 1.95 darjah Utara dan 102.99 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kerosakan atau gegaran kuat diterima setakat ini.

Beberapa siri gegaran direkodkan di Segamat sebelum ini bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi 24 Ogos dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi Rabu (3.2); 7.56 malam Khamis (2.5); 4.24 pagi Jumaat (3.4); 7.29 pagi Sabtu lepas (2.7) dan magnitud 2.9 pada 31 Ogos.

Satu gegaran direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada 24 Ogos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved