#GempakWrapped2024: Tiada Lagi Cinta, Akhirnya 16 Selebriti Ini Memilih Untuk Berpisah & Oktober Jadi Saksi Pasangan ‘Know Know’ Cerai

29 Dec 2024 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tahun 2024 mencipta sejarah sedih apabila ramai asangan selebriti tempatan yang memilih untuk berpisah dan bercerai.

 

Perpisahan selebriti sering mendapat perhatian media dan netizen disebabkan kehidupan mereka yang sering terdedah kepada awam.

 

Walaupun mereka dilihat bahagia di luar, realiti kehidupan peribadi mereka mungkin berbeza. Perceraian dan perpisahan selebriti ini membuktikan mereka juga seperti pasangan biasa yang juga menghadapi cabaran dalam perhubungan.

 

Ada antara mereka yang memilih untuk bercerai secara baik demi anak-anak dan kebahagiaan diri masing-masing. Namun ada juga yang sudah bercerai, kembali rujuk dan kini dalam proses untuk bercerai kali kedua.

 

Berikut senarai selebriti yang telah mengumumkan perpisahan pada tahun ini;

 

Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat

image is not available

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba muncul spekulasi mengatakan penyanyi Sufian Suhaimi dikhabarkan sudah putus tunang dengan wanita bernama Rania Al Sadat.

Pada awal April, Sufian turut mengesahkan hubungannya dengan kekasih, Rania Al Sadat sudah putus dan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing sejak Mac 2024.

 

Sufian, 32, berkata, keputusan itu dibuat bersama oleh kedua-dua belah pihak dan dia juga sudah memulangkan cincin merisik Rania pada minggu kedua Ramadan lalu.

 

Adira & Datuk Red

image is not available

Kisah perceraian selebriti bermula dengan pasangan penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red pada April lalu. Perkahwinan yang dibini selama sembilan tahun berakhir apabila pasangan itu sah bercerai pada 24 April 2024.

Sebelum ini, penyanyi berusia 32 tahun itu pernah memfailkan permohonan sama terhadap Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu pada April 2019 namun menarik semula bagi memberi peluang kepada bekas suaminya itu.

 

Untuk info, pasangan itu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Angrek, 6, Asan, 5, Anggun dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

 

Hisyam Hamid & Rosmawati Hanafi

image is not available

Spekulasi mengenai perceraian pelakon Hisyam Hamid dan bekas isterinya iaitu Rosmawati Hanafi sudah mula bertebaran sejak Oktober tahun lalu namun aktor itu terus menafikannya.

Namun pada 23 Mei lalu, Hisyam, 39, akhirnya membuka mulut dan mendedahkan rumah tangga yang dibini selama 20 tahun berakhir dengan perceraian.

 

Untuk info, Hisyam dan Rosmawati mendirikan rumah tangga pada 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17 dan Haydeen, 15 tahun.

 

Bella Astillah & Aliff Aziz

image is not available

Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah antara yang paling hangat diperkatakan pada awal tahun ini selepas penyanyi kelahiran Singapura itu dilaporkan ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac.

 

Akhirnya, rumah tangga mereka berakhir selepas disahkan bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.

Sebelum ini, mereka pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 atas alasan Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh idah.

 

Untuk rekod, pasangan itu medirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.

 

Nora Danish & Nedim Nazari

image is not available

Rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun akhirnya runtuh apabila pelakon Nora Danish dan bekas suaminya, Nedim Nazri sah bercerai talak satu pada 19 Jun lalu.

Pada 29 April lalu, Nora mendedahkan pergolakan rumah tangga mereka dan memberitahu dia dan Nedim tidak lagi tinggal sebumbung.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

 

Aedy Ashraf & Amelia Henderson

image is not available

Biarpun tidak mengesahkan sebagai pasangan kekasih, namun hubungan rapat pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sudah berakhir namun masih kekal sebagai kawan sahaja.

Menerusi temu bual sekitar Jun, Amelia juga memberitahu dia tidak lagi akan kembali bercinta dengan Aedy.

 

Harith Iskander & Dr. Jazemine Lim

image is not available

Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 58, melafazkan cerai terhadap Dr Jezamine Lim di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada 25 Julai lalu.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai selepas 10 tahun hidup bersama namun hubungan mereka masih baik.

 

Harith mendirikan rumah tangga dengan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, serta Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

 

Datuk Nora Ariffin & Dr. Rushdi Ramli

image is not available

Pada Ogos lalu, penyanyi Nora Ariffin secara mengejut mendedahkan dia dan suami telah bercerai dalam sebuah video.

Jodoh mereka masih panjang, Nora dan suami rujuk semula selepas dua bulan bercerai.

 

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

 

Syamsul Yusof & Ira Kazar

image is not available

Hanya mampu bertahan 21 bulan sebagai suami isteri, pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai pada 5 Sepetember lalu.

Mahkamah juga mengesahkan berlakunya talak selepas wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 12 Ogos lalu.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

 

Fazura & Fattah Amin

image is not available

Kisah perceraian pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi perbualan hangat sepanjang Oktober.

Desas-desus keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah terjawab apabila ia berakhir dengan penceraian pada 7 Oktober lalu.

 

Fazura, 41, mendedahkan antara alasan dia memfailkan cerai ada 13 September lalu kerana Fattah, 33, gagal memberi nafkah selain bersikap curang sepanjang dalam perkahwinan.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

 

Alif Hadi & Yasmin Hani

image is not available

Sekitar Oktober lalu, aktor Alif Hadi mendedahkan hubungan cinta bersama Yasmin Hani selama tiga tahun, berakhir, kira-kira dua bulan lalu.

Persoalan mengenai status pelakon filem Jangan Pandang Belakang 2 itu timbul selepas kehadirannya ke acara anugerah bersendirian, tanpa kelibat Yasmin seperti kebiasaan.

 

Biarpun sudah tidak mempunyai hubungan istimewa, Alif berkata, dia dan Yasmin yang juga pelakon dan pengacara, masih berkawan baik.

 

Emma Maembong & Shazali

image is not available

Tiada angin tiada ribut, pelakon Emma Maembong mengumkan dia dan bekas suaminya Muhammad Shazli Azhar sudah pun berpisah secara baik.

Emma, 32, mendedahkan dia sudah tamat melalui tempoh idah pada Oktober lalu dan memilih merahsiakan perceraian tersebut kerana enggan mengeruhkan keadaan.

 

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gbariel, 4 dan Shakil Aryan yang kini berusia setahun.

 

Fazley Yaakob dan Azrene Soraya

image is not available

Selepas Emma, penyanyi Datuk Fazley Yaakob pula mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun dengan Azrene Soraya Abdul Aziz sudah berakhir.

Enggan berkongsi butiran perceraian mereka, Fazley, 45 hanya memberitahu mereka bersetuju untuk berpisah sejak beberapa bulan lalu.

 

Berita ini diumum Fazley pada 15 Oktober 2024 menerusi kenyataan kepada media.

 

Fazley dan Azrene berkawin pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaituAhmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13 dan Alayna Selma, 7 tahun.

 

Que Haidar & Linda Jasmine

image is not available

Bulan Oktober sememangnya mengejutkan ramai orang apabila pelakon Que Haidar turut mendedahkan dia dan Linda Jasmine sudah bercerai pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Que, 45, dia menerima ketentuan Ilahi bahwa jodoh mereka tidak panjang dan memilih untuk mengekalkan hubungan baik.

 

Que berkongsi kisah ini ketika ditemui media di Malam Kemuncak Anugerah Seti Angkasa (ASA2024) pada 27 Oktober lalu.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ratu Haidar, 15 dan Tengku Cleopatra Hairdar 12 tahun.

 

Kaka Azraff dan Adam Azriff

image is not available

Selepas dua hari Que Haidar mengumumkan penceraiaan, dunia hiburan lagi sekali dikejutkan pula dengan berita perpisahan penyanyi Kaka Azraff dan Adam Azriff.

Pasangan tersebut dilaporkan bercerai talak satu selepas mereka melakukan lafaz cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Isnin lalu.

 

Kaka dam Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, Aryan, 3, dan Atta Adam yang kini berusia 15 bulan.

 

Diana Danielle & Farid Kamil

image is not available

Pernah bercerai kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk sebulan kemudian, pelakon Diana Danielle lagi sekali mengambil keputusan untuk bercerai.

Pada 4 November lalu, Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bersama peguam untuk memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil.

 

Prosiding perceraian mereka tidak berjalan dengan lancar pada 16 Disember lalu selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

 

Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk keputusan laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada Mac tahun hadapan.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.