Gempar jumpa mayat berbalut kain dalam longkang

13 Oct 2026 • 11:38 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gempar jumpa mayat berbalut kain dalam longkang

PERMATANG PAUH : Orang ramai yang berada di sekitar Pasar Awam Sama Gagah di sini digemparkan dengan penemuan mayat berbalut kain dalam kawasan longkang berhampiran sebuah kedai makan, kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Difahamkan, mayat berkenaan merupakan mayat seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an dan berbadan kurus. Bagaimanapun, identiti sebenar lelaki terbabit masih belum dapat dikenal pasti ketika ini.

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Azmi, 40-an berkata, dia menyedari kejadian itu ketika baru sahaja tiba di pasar awam tersebut untuk membeli sarapan pagi.

“Kalau tengok saiz longkang itu (tempat mayat ditemukan) kecil sahaja berbanding saiz mayat. Jadi, nampak seolah-oleh mayat tersebut sengaja cuba disumbat atau disorokkan di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung penemuan tersebut buat masa ini.-UTUSAN

The post Gempar jumpa mayat berbalut kain dalam longkang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved