Gemuruh nak nikah! Space Dollah dedah Syed Saddiq berlatih lafaz akad nikah 99 kali

LocalEntertainment
10 Oct 2026 • 1:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Di sebalik kelancaran majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah, siapa sangka pengantin lelaki sebenarnya begitu gemuruh sehingga berlatih lafaz akad nikah sebanyak 99 kali.

Perkara itu didedahkan abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah, ketika berkongsi detik istimewa hari bahagia pasangan berkenaan.

Menurut Dollah, dia memahami perasaan gementar yang dialami adiknya sebelum bergelar suami kepada Bella.

“Kepada Saddiq. Saya tahu awak sedang gemuruh sebab awak baca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali,” kongsi beliau.

Image from: Gemuruh nak nikah! Space Dollah dedah Syed Saddiq berlatih lafaz akad nikah 99 kali

Dalam masa sama, Dollah turut menitipkan pesanan menyentuh hati buat Bella agar tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain kerana kehadirannya sudah diterima dengan baik oleh keluarga mereka.

“Bella kamu sangat baik kepada saya, hiraukan pendapat orang lain. Sebagai keluarga, kami terima kamu siapa diri kamu hari ini dan sejak kenal kamu,” katanya.

Lebih bermakna, Dollah menyifatkan penyatuan pasangan itu bukan sekadar membabitkan dua insan, malah turut membawa kehadiran dua anak Bella, Ayden dan Ara, ke dalam keluarga mereka.

Image from: Gemuruh nak nikah! Space Dollah dedah Syed Saddiq berlatih lafaz akad nikah 99 kali

Malah, dia meluahkan rasa syukur dan gembira apabila adiknya kini bukan sahaja bergelar suami, tetapi turut menerima tanggungjawab sebagai bapa kepada dua cahaya mata berkenaan.

“Akhirnya kami gembira mereka berdua dah sah. Dia bukan hanya kahwin dengan Bella tetapi dia dapat dua anak bijak iaitu Ayden dan Ara. Kepada Ara dan Ayden, kamu sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat hebat dan sekarang kamu ada bapa yang outstanding,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Syed Saddiq pernah berkongsi sebarang kerisauan menjelang pernikahan, Dollah berseloroh bahawa adiknya lebih memikirkan soal penampilan sehingga sanggup menahan lapar.

“Dia tak cakap kerisauan dia cuma lapar. Dia sengaja laparkan diri sebab dia nak hensemkan diri dia lagi,” kongsinya.
Image from: Gemuruh nak nikah! Space Dollah dedah Syed Saddiq berlatih lafaz akad nikah 99 kali

Kredit Foto: Adam Mohd Muhayeddin

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi, hari ini, selepas mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac lalu.

Detik perjalanan cinta pasangan itu turut dipaparkan menerusi program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq yang mula bersiaran pada 6 Oktober 2026, setiap Selasa jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan juga boleh ditonton secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Sumber: Astro Gempak (Nurin Jasni)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved