Gen-1 AI Yang Menjana Video Daripada Teks Boleh Digunakan Oleh Semua

TechnologyDigital
29 Mar 2023 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sekitar seminggu yang lalu Runway, syarikat yang membangunkan kecerdasan buatan (AI) Stable Diffusion mengumumkan Gen-2 yang merupakan AI yang menghasilkan video berdasarkan hanya input teks. Walaupun mantap, akses hanya diberikan kepada sebilang kecil pengguna bagi mengelakkan ia disalahgunakan. Bagi pengguna biasa, Runway mengumumkan akses terbuka kepada Gen-1 yang adalah satu generasi ke belakang.

image is not available

Pengguna boleh menggunakan Gen-1 secara percuma dengan melakukan pendaftaran akaun. Gen-1 memerlukan satu video sampel dan satu gambar sampel daripada pengguna untuk menjana video berdasarkan satu input teks. Selepas kesemua dimasukkan, video akan dijana dalam masa beberapa minit.

Video yang dihasilkan menerusi Gen-1 masih lagi kelihatan aneh serta beresolusi yang rendah. Ia belum cukup baik untuk menghasilkan imej deepfake yang berbahaya pada waktu ini. Tetapi seperti yang dapat dilihat pada Midjourney, kemampuan AI yang menjadi imej dengan pantas boleh meningkat. Di masa hadapan video palsu boleh dihasilkan sehingga ramai tidak menyedari keasliannya. Untuk mengakses Gen-1, sila ke pautan di bawah.