Generasi baharu Felda Palong 7 gesa siasat projek sawit nilai RM80 juta

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 1:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Generasi baharu Felda Palong 7 gesa siasat projek sawit nilai RM80 juta

PUTRAJAYA – Sekumpulan generasi baharu peneroka Felda Palong 7 menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula tanaman sawit yang dianggarkan bernilai hingga RM80 juta.

Wakilnya, Mohd. Syahrizal Md. Yusuf berkata, penyerahan maklumat itu melibatkan persoalan berkaitan pembekalan anak benih sawit, kos pembekalan, caj pengangkutan serta pelaksanaan kerja-kerja program tanam semula di rancangan berkenaan.

Menurutnya, program itu membabitkan pertukaran tanaman getah kepada sawit melibatan 450 peneroka dan mempunyai kepentingan besar terhadap sumber pendapatan mereka untuk tempoh panjang.

“Aduan ini sudah saya buat kepada pihak ibu pejabat Felda, Felda Wilayah dan rancangan kira-kira lima hingga enam bulan lalu.

“Ia melibatkan spesifikasi kerja, pemilihan anak benih mengikut spesifikasi, ukuran dan banyak perkara yang melibatkan 450 orang peneroka kerana kesannya adalah untuk 25 tahun akan datang,” katanya.

Syahrizal berkata, peneroka bimbang perkara sama seperti pengalaman pembangunan tanaman kira-kira 17 tahun lalu berulang sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Menurutnya, tanaman getah sebelum ini didakwa gagal dan antara perkara yang dibangkitkan ialah pembekalan anak benih yang didakwa tidak berkualiti serta tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Tanaman pertama sebelum ini adalah tanaman getah dan gagal. Kami tidak mahu perkara yang sama berulang.

“Untuk pembangunan kali kedua ini, kami bangkit dan bersuara untuk membela hak peneroka supaya masa depan lebih terjamin dan stabil,” jelasnya.

Beliau berkata, SPRM dituntut untu menyemak keadaan anak benih sawit yang didakwa kecil dan tidak seragam selepas beberapa siri penghantaran. – KOSMO! ONLINE

The post Generasi baharu Felda Palong 7 gesa siasat projek sawit nilai RM80 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved