Generasi muda perlu teruskan kecemerlangan sastera di Sabah

LocalOpinion
24 Feb 2025 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PITAS: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, generasi muda perlu terus mengekalkan momentum kecemerlangan sastera di Sabah, kerana lama kelamaan bidang ini akan ditinggalkan oleh generasi terdahulu.

Beliau berkata, salah satu caranya adalah dengan meningkatkan pencapaian dan penguasaan ilmu pengetahuan, khususnya ilmu berkaitan kesusasteraan, melalui institusi pendidikan formal seperti yang ditawarkan oleh Akademi Seni Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau pendidikan tidak formal.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pendidikan tidak formal boleh diperolehi melalui bengkel penulisan kreatif atau melalui penyertaan dalam pelbagai siri wacana ilmu berkaitan sastera yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif seperti Bahasa,” kata Jasni.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan penutupan bengkel penulisan dan Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif Peringkat Sekolah Menengah Daerah Pitas, anjuran Bahasa Cawangan Pitas, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pitas, di sini, pada petang Sabtu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jasni, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata, sebagai golongan pelapis yang mewarisi bidang sastera daripada generasi terdahulu, terdapat keperluan untuk mereka meningkatkan kecemerlangan dalam bidang sastera.

Seterusnya, memastikan golongan muda ini bertanggungjawab terhadap kelangsungan sastera di Sabah pada masa kini dan masa hadapan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Tanpa generasi muda, sastera kita tidak akan pergi ke mana. Sebab itu dalam badan Bahasa, kami memastikan supaya anak muda dilibatkan, dan menjadi pemegang taruh yang berkesan dalam iltizam meneruskan kesinambungan sastera di Sabah,” kata Jasni.

Turut hadir di majlis itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Sektor Pembelajaran Awang Sabat, Timbalan Presiden Bahasa Siti Rahmah G Ibrahim, Naib Presiden Bahasa Juri Durabi, Timbalan Setiausaha Bahasa Haliza Matali, Pengerusi Bahasa Cawangan Pitas Norlie Masrin, dan Penyelaras Program Rosmin Oyuh.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Jasni, Sabah sudah melahirkan empat sasterawan negeri Sabah, menerbit lebih banyak buku yang memenangi pelbagai anugerah, dan menunjukkan peranan serta sumbangan yang bermakna pada peringkat negeri, kebangsaan dan serantau.

“Maka kecemerlangan ini mesti diteruskan untuk jangka masa lama. Sebab itu Bahasa sentiasa membantu mana-mana cawangannya seperti Cawangan Pitas ini dalam melaksanakan kegiatan, asalkan mereka bersungguh-sungguh membantu anak muda yang berminat dan menjiwai bidang penulisan ini sepenuh hati,” katanya.

Jasni berkata, Bahasa akan menyediakan dana dan kepakaran yang bersesuaian, seterusnya menghantar penulis berpengalaman untuk membimbing anak muda ini dan menyediakan wadah penerbitan karya yang mereka hasilkan dalam bentuk buku.