
Kota Kinabalu: Jasa Datuk Jamdin Buyong dalam memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan di Sabah sangat besar, kata Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani.
Katanya, sejak 1960-an lagi Jamdin bukan sahaja berjasa dan menyumbang dalam konteks penghasilan karya kreatif dan bukan kreatif, tetapi berperanan penting dalam merancang pembangunan bahasa dan sastera kebangsaan di Sabah.
Advertisement“Beliau antara orang penting yang mengasaskan penubuhan Badan Bahasa dan Sastera Sabah pada 1970 dahulu, seterusnya bertanggungjawab dalam memastikan bahasa kebangsaan dijadikan bahasa rasmi dalam tadbir urus rasmi jabatan kerajaan, dan membawa kepada penubuhan cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Sabah pada 1977.
“Oleh yang demikian, jasa dan pengorbanan beliau wajar dikenang dalam pelbagai cara dan bentuk penghargaan yang bersesuaian dengan sumbangannya yang sangat besar kepada Sabah,” kata Jasni.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jasni berkata demikian selepas mengunjungi Jamdin di rumahnya di Putatan, seterusnya menyerahkan buku kumpulan cerpen beliau terbaharu berjudul Rumah Hijau yang diusahakan penerbitannya oleh Bahasa, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Bahasa Sitti Rahmah G Ibrahim, Naib Presiden Bahasa Juri Durabi, dan Timbalan Setiausaha Kehormat Bahasa Haliza Matali.
AdvertisementJasni, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, berkata Jamdin juga masih aktif berkarya dan pada 2024 sahaja beliau menghasilkan novel Dayang Masniah dan buku kumpulan cerpen, Ombak Malam.
“Beberapa tahun sebelum ini juga beliau telah menghasilkan sejumlah buku yang meninggalkan impak besar kepada perkembangan sastera di Sabah, malah pada peringkat kebangsaan.
Advertisement“Antaranya buku kumpulan puisi ‘Ada dalam tiada’ serta beberapa buku kajian mengenai perkembangan bahasa kebangsaan di Sabah,” kata Jasni.
Menurut Jasni, beliau juga menerima beberapa anugerah penghargaan, dengan yang terbaharu pada 2024 apabila beliau menerima anugerah tokoh pejuang sastera negeri Sabah.
“Anugerah berkenaan diberikan oleh Badan Bahasa dan Kerajaan Sabah kerana sumbangan beliau dalam merintis dan membangunkan bahasa pada zaman awal penubuhannya dahulu,” kata Jasni.
Menurut Jasni, semasa era kegemilangan Bahasa pada tahun 1970-an, Datuk Jamdin dengan barisan kepimpinan Bahasa dahulu menganjurkan sayembara menulis novel Yayasan Sabah-Gapena, mengajurkan Sambutan Hari Sastera Kebangsaan di Sabah, seterusnya turut berperanan dalam melaksanakan pelbagai program memperkasa bahasa kebangsaan dalam agensi kerajaan.
“Sehingga hari ini pun beliau masih mengurus penerbitan beberapa buah buku mengenai sejarah Islam dan pendidikan Islam di Sabah dengsn pihak MUIS.
“Maka sesuai dengan jasanya, beliau wajar diberikan pelbagai penghargaan. Namanya juga wajar diabadikan sebagai nama jalan, sekurang-kurangnya di Putatan, iaitu daerah kelahiran beliau sendiri,” kata Jasni.



