Geng curi basikal tumpas

LocalPolitics
8 Aug 2024 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua lelaki warga tempatan dipercayai geng curi basikal ditahan polis dalam dua tangkapan di lokasi berasingan di antara jam 1 hingga 1.30 pagi, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 30 dan 51 tahun itu ditangkap pasukan Strike Team Balai Polis Tawau yang menjalankan tugas Op Kesan.

Menurutnya, suspek pertama ditahan di kawasan Taman Ria 7 sekitar jam 1 pagi dan membawa kepada penemuan tiga basikal pelbagai jenama yang disembunyikan di belakang rumahnya.

Terdahulu, polis terlihat suspek itu yang dikenalpasti terlibat kes jenayah curi dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumahnya, semasa rondaan polis di kawasan tersebut.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Semasa polis menghampirinya, suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif, namun berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan dua paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 0.03 gram di dalam poket seluarnya,” katanya lagi.

Jasmin berkata, suspek kedua ditahan di Kg Tanjung Batu Darat pada jam 1.30 pagi, dan sebuah basikal berjenama yang sudah diubahsuai dan disembunyikan di belakang rumahnya turut dirampas.

Katanya, polis juga menemui dua paket kecil disyaki syabu seberat 0.09 gram di dalam poket seluar suspek tersebut.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan masing-masing memiliki rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.