Pencuri kabel TM ditangkap

3 Aug 2024 • 2:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki warga asing yang disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) sehingga mengakibatkan kerugian RM4,000, ditangkap polis dalam serbuan di perkampungan Batu 3, Jalan Apas, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan sekitar jam 11 pagi oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau, selepas siasatan dan risikan.

Menurutnya, lelaki itu disyaki terlibat dalam kejadian curi kabel TM di Jalan Kinabutan, yang dilaporkan seorang juruteknik TM semasa membuat pemeriksaan pencawang pada Rabu.

“Juruteknik itu mendapati beberapa kabel TM sepanjang 11 meter hilang dipercayai dipotong dan dicuri individu tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Jasmin berkata, susulan tangkapan suspek itu, polis turut menahan seorang wanita berusia 27 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas sebuah guni berisi wayar tembaga seberat kira-kira 25 kilogram (kg) dan sekeping kertas resit bercetak, dipercayai resit penjualan tembaga yang dicuri.

“Hasil soal siasat turut mendapati suspek mencuri kabel itu di tempat kejadian, sebelum membakarnya bagi memperoleh tembaga lalu dijual di kedai besi buruk,” katanya.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.