Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan

13 Oct 2026 • 10:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan

SEREMBAN – Kegiatan geng curi kabel yang dipercayai aktif di Negeri Sembilan tumpas apabila 14 suspek ditahan dalam operasi khas Ops Lusuh baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, kesemua suspek terdiri daripada 11 lelaki tempatan, dua wanita dan seorang lelaki warga India yang berusia 22 hingga 67 tahun itu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian curi kabel di simpang jalan keluar Sekolah Kebangsaan Panchor di sini pada 9 Oktober lalu.

“Kejadian disedari penduduk pada pukul 12 tengah hari apabila mereka melihat empat lelaki memakai pelitup muka dan menaiki empat buah kenderaan sedang menarik kabel dari dua manhole dipercayai milik Telekom Malaysia.

“Selepas laporan polis dibuat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah menjalankan Op Lusuh seterusnya menahan suspek di Labu, Nilai dan Dengkil, Selangor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas lima buah kereta, beberapa peralatan yang digunakan untuk memotong dan mencuri kabel, tiga buah guni wayar tembaga yang telah dibakar dan beberapa pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

Katanya, dengan tertangkapanya geng jenayah tersebut, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah curi kabel di Negeri Sembilan, Selangor, Kedan dan Melaka berdasarkan pengakuan suspek.

Terdahulu tular di media sosial TikTok video memaparkan beberapa suspek sedang menarik kabel tanpa rasa takut melakukan jenayah tersebut pada siang hari, selain menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz dalam kegiatan itu. – KOSMO! ONLINE

 

The post Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved