Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu

12 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu

JAKARTA – Percubaan seorang pelajar universiti menyeludup masuk empat kilogram (kg) dadah jenis syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia gagal apabila diberkas di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu, lapor laman berita Kumparan.

Suspek lelaki berusia 21 tahun  dikenali sebagai DO itu  ditahan sejurus tiba di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Ketua Pejabat Cukai dan Kastam Teluk Nibung berkata, penahanan suspek yang berasal dari Medan Denai itu dibuat hasil pemprofilan penumpang serta imbasan mesin sinar-X menunjukkan barang mencurigakan pada beg pakaian dibawanya.

“Pemeriksaan fizikal secara terperinci dengan disaksikan sendiri oleh suspek menemukan  lapan bungkusan plastik lutsinar mengandungi kristal putih yang disembunyikan secara rapi di dalam dinding khas beg pakaian suspek.

“Ujian saringan menggunakan alat pengesan mengesahkan kristal putih ini adalah methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan mencecah 4,000 gram,” katanya.

Suspek bersama barang kes termasuk telefon bimbit, tiket perjalanan  dan pasport  diserahkan kepada Polis Resor Tanjung Balai untuk tindakan serta siasatan lanjut. – AGENSI

The post Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved