Gerakan #GengSubuhMacamJumaat Dapat Sambutan Hangat, Pempengaruh Dari Singapura Nak Ikut Sama

Entertainment
4 Jan 2024 • 2:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun ada yang mempertikaikannya, tapi niat murni penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar melakukan gerakan Geng Subuh Macam Jumaat ini ternyata telah membuahkan hasil.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini, Alif Satar sendiri tidak menyangka yang gerakan itu telah mendapat sambutan sebesar ini.

Alif yang ketika itu sedang berlari menjelaskan bahawa gerakan solat subuh berjemaah ini sudah bermula di negeri Johor biarpun dia tiada di situ, dari situ, dia dapat merasakan bahawa negeri lain akan ikut sama dan ada kebarangkalian ramai umat Islam dari seluruh Malaysia akan mula mengerjakan solat subuh di masjid.

Bukan itu sahaja, di Jordan, Brunei dan Singapura juga dikatakan sudah mula melakukan gerakan ini. Alif juga meminta orang ramai untuk menggunakan hashtag #GengSubuhMacamJumaat dan meminta untuk tag dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar® (@alifsatar)

Gerakan ini telah mencuri tumpuan seorang pempengaruh dari Singapura @_donjany untuk mengajak umat Islam dari Singapura untuk melakukan solat subuh secara berjemaah di masjid pada Sabtu ini.

@_donjany

Let’s make this happen here in Singapore pulak #gengsolatsubuhmacamjumaat register now, link in bio : 6th January, Saturday : Masjid Yusuf Ishak, Woodlands : 5:30am – 8:00am Supported by : @masjidyusofishak

♬ original sound – _donjany – _donjany

Perkongsian ini turut mendapat perhatian Alif Satar dan dia ada kongsikan video ini menerusi IG Story miliknya. Satu gerakan yang baik, buat benda baik macam ni memang elok kalau kita sebarkan. keep it up!

Sumber : Instagram, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.