Geran Padanan SSPN: Pelajar Boleh Dapat Hingga RM 5,000

LocalPersonal Finance
11 May 2026 • 4:48 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Geran Padanan SSPN kini menjadi antara bantuan pendidikan yang mendapat perhatian ramai selepas kerajaan memperluaskan manfaatnya menerusi inisiatif GAPAI dalam Belanjawan 2025.

Melalui bantuan ini, pelajar yang layak berpeluang menerima geran sehingga RM5,000 bagi simpanan pendidikan dalam Simpan SSPN Prime.

Apa itu Geran Padanan SSPN

Gerai Padanan Ihsan (GAPAI) merupakan perluasan skop pemberian Geran Sepadan Masuk IPT Simpan SSPN Prime.

Melalui inisiatif GAPAI yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, pelajar daripada keluarga berpendapatan RM4,001 hingga RM6,000 akan layak mendapat GAPAI.

Inisiatif GAPAI hanya boleh dinikmati bagi permohonan geran padanan dalam tempoh bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2026.

Geran Padanan sspn
Kredit: PTPTN

Jumlah Geran Yang Ditawarkan

Bagi keluarga dengan pendapatan RM4,001 hingga RM6,000, mereka boleh menikmati geran padanan sehingga RM5,000 bagi satu keluarga melalui akaun Simpan SSPN Prime.

Dalam masa sama, Geran Sepadan sehingga RM5,000 masih diteruskan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atas simpanan dalam Simpan SSPN Prime.

Inisiatif ini memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempunyai tabungan pendidikan yang lebih kukuh sebelum melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Tempoh Permohonan GAPAI

Inisiatif GAPAI hanya boleh dinikmati bagi permohonan geran padanan yang dibuat dalam tempoh bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2026.

Ini bermakna ibu bapa atau pelajar yang layak disarankan untuk merancang simpanan lebih awal supaya tidak terlepas peluang menikmati geran padanan tersebut.

Baca juga: Insentif Geran Sepadan PTPTN RM10,000 Untuk Pendidikan Anak SSPN-i

Syarat Permohonan Geran Padanan SSPN

Permohonan geran padanan GAPAI boleh dibuat bermula 1 Januari 2025 pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat.

Namun begitu, terdapat beberapa syarat penting yang perlu dipatuhi, antaranya:

  • Akaun Simpan SSPN Prime mestilah masih aktif semasa permohonan dibuat
  • Umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun ketika permohonan
  • Tuntutan geran padanan bagi akaun Simpan SSPN Prime yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan

Oleh itu, pemegang akaun disarankan memastikan akaun Simpan SSPN Prime mereka sentiasa aktif bagi memudahkan proses permohonan geran.

Cara untuk Mohon

Permohonan GAPAI boleh dikemukakan di kaunter PTPTN yang berdekatan. Sila layari https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/ bagi semakan Pejabat Cawangan PTPTN mengikut negeri.

Kenapa Geran Padanan SSPN Penting?

Kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat menyebabkan ramai ibu bapa mula mencari kaedah simpanan yang lebih berbaloi untuk masa depan anak-anak.

Melalui Geran Padanan SSPN dan GAPAI, simpanan pendidikan bukan sahaja lebih terjamin, malah boleh ditambah dengan bantuan geran daripada kerajaan.

Selain memberi galakan kepada budaya menabung sejak awal, inisiatif ini juga membantu meringankan beban kewangan keluarga apabila anak melanjutkan pengajian ke IPT nanti.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:

Soalan Lazim Geran Padanan SSPN

1. Apa itu Geran Padanan SSPN?

Geran Padanan SSPN ialah bantuan dalam bentuk geran yang diberikan kepada pelajar yang mempunyai simpanan dalam Simpan SSPN Prime dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

2. Siapa yang layak memohon GAPAI?

Pelajar daripada keluarga dengan pendapatan isi rumah antara RM4,001 hingga RM6,000 layak memohon GAPAI.

3. Berapa jumlah geran yang boleh diterima?

– Keluarga berpendapatan RM4,001 hingga RM6,000 boleh menerima geran padanan sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

– Keluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula boleh menikmati Geran Sepadan sehingga RM10,000.

4. Bila permohonan GAPAI dibuka?

Permohonan GAPAI dibuka bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2026.

5. Adakah akaun Simpan SSPN Prime perlu aktif?

Ya. Akaun Simpan SSPN Prime mestilah masih aktif semasa permohonan dibuat.

6. Boleh ke tuntut geran jika akaun SSPN sudah ditutup?

Tidak boleh. Tuntutan geran padanan bagi akaun Simpan SSPN Prime yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.

7. Had umur untuk memohon GAPAI berapa?

Penerima manfaat mestilah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

8. Bila boleh buat permohonan geran padanan?

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Baca juga: Dividen SSPN 2025 Diumum 4.10%, Semakan Penyata Mulai 7 Mei 2026