Geran RM200 juta bantu suntik modal peniaga kecil

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 8:41 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Geran RM200 juta bantu suntik modal peniaga kecil

KUALA TERENGGANU: Geran Sejahtera Madani berjumlah RM200 juta yang bakal diperkenalkan kerajaan mampu memberi kelegaan kepada penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta golongan ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah, terutama dalam mendapatkan suntikan modal.

Bantuan berkenaan dapat membantu golongan itu menampung kos modal dan pembelian bahan mentah, selain memberi ruang untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan pendapatan keluarga.

Peniaga kuih-muih, Nurul Sakina Mohd. Azizi, 35, dari Kampung Hiliran, di sini berkata, bantuan kewangan amat diperlukan terutama bagi peniaga kecil yang selama ini bergantung kepada modal sendiri.

Katanya, sepanjang enam tahun menjalankan perniagaan, dia tidak pernah menerima bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaannya.

“Saya berharap geran ini dapat membantu saya menampung kos modal dan membeli bahan-bahan untuk menyediakan jualan.

“Ia boleh digunakan sebagai modal tambahan untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Peniaga manisan, Nur Fatehah Ismail, 34, dari Kampung Tok Jiring, berkata, bantuan kepada peniaga kecil sepertinya amat dialu-alukan berikutan peningkatan kos operasi.

Katanya, bantuan itu boleh dimanfaatkan sebagai modal tambahan bagi meningkatkan kuantiti pengeluaran dan mempelbagaikan produk jualan.

“Ia dapat meringankan beban peniaga kecil yang perlu mengeluarkan modal sendiri untuk menjalankan perniagaan setiap hari,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan enam ikhtiar rakyat sempena Hari Kebangsaan, antaranya pembiayaan mikro dengan peruntukan RM1 bilion.

Kerajaan turut memperkenalkan Geran Sejahtera Madani berjumlah RM200 juta bagi membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta golongan ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah. – UTUSAN

The post Geran RM200 juta bantu suntik modal peniaga kecil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved