Pelakon Datin Intan Najuwa mencuri perhatian selepas berkongsi mengenai sifat pemurah suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman yang dikatakan sentiasa prihatin dan gemar membantu golongan peniaga kecil.
Menerusi hantaran di Threads, Intan berkata suaminya tidak pernah pulang dengan tangan kosong setiap kali keluar, sebaliknya akan cuba membeli sesuatu daripada peniaga kecil yang ditemuinya.

“Suami saya tak pernah balik dengan tangan kosong. Dia akan sentiasa beli sesuatu daripada peniaga kecil di luar sana,” katanya.
Menurut Intan, meskipun nilai pembelian yang dibuat suaminya kadangkala tidak begitu besar, Ahmad Azraf tetap akan cuba membantu mengikut kemampuannya.
View this post on Instagram
Tambahnya, perkara kecil seperti itu sudah cukup untuk menceriakan hari seseorang.
“Walaupun jumlahnya tidak besar, dia tetap akan cuba membantu dengan apa sahaja cara yang dia mampu. Memang begitulah sifatnya dan dia sentiasa cuba menceriakan hari seseorang walaupun dengan perkara kecil,” ujarnya.
Perkongsian tersebut kemudian menerima pelbagai reaksi positif daripada wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemurah suami Intan selain mendoakan agar pasangan berkenaan serta keluarga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Terbang Dari KL Ke Thailand Demi Luah Perasaan, Ismail Izzani Dedah Kisah Cinta Dengan Wanita Thailand
The post “Tak Pernah Balik Dengan…” – Datin Intan Najuwa Dedah Sikap Suami Ketika Pulang Ke Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






