Penjaja kecil Negeri Sembilan dikecualikan lesen

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjaja kecil Negeri Sembilan dikecualikan lesen

SEREMBAN – Kerajaan Negeri menerusi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan akan melaksanakan Inisiatif Pengecualian Bayaran Lesen Penjaja bagi membantu meringankan beban golongan penjaja dan peniaga kecil di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, melalui inisiatif ini, bayaran lesen perniagaan akan dikecualikan bagi permohonan lesen baharu serta pembaharuan lesen sedia ada, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027.

“Pengecualian ini melibatkan pelbagai kategori penjaja, antaranya penjaja pasar tani, kereta tolak, berpayung, berjentera atau food truck, serta penjaja pasar dan bazar Ramadan.

“Walau bagaimanapun, pengecualian ini hanya melibatkan bayaran lesen perniagaan. Bayaran lain yang berkaitan seperti fee pemprosesan, lesen patil, caj papan iklan, caj kebersihan dan sewaan tapak masih perlu dijelaskan mengikut kadar yang ditetapkan oleh PBT masing-masing,“ katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melihat inisiatif ini sebagai satu langkah keprihatinan untuk mengurangkan kos perniagaan yang ditanggung oleh golongan penjaja dan peniaga kecil, khususnya melalui pengecualian bayaran lesen perniagaan. – KOSMO! ONLINE

The post Penjaja kecil Negeri Sembilan dikecualikan lesen appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved