Geran RM200 juta Skim Usahawan Bangkit beri peluang kepada peniaga kecil ubah kehidupan – PM Anwar

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2026 • 3:13 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Geran RM200 juta Skim Usahawan Bangkit beri peluang kepada peniaga kecil ubah kehidupan – PM Anwar Image from: Geran RM200 juta Skim Usahawan Bangkit beri peluang kepada peniaga kecil ubah kehidupan – PM Anwar liza26/11/2026 - 15:13 Anwar bersama sebahagian usahawan di Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Terengganu Equestrian Resort hari ini Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA TERENGGANU 26 Nov – Kerajaan  meningkatkan peruntukan geran Skim Usahawan Bangkit kepada RM200 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi memperluas bantuan kepada usahawan mikro, golongan B40, penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

 

Peningkatan peruntukan itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada golongan berkenaan mendapatkan bantuan bagi meningkatkan kapasiti dan produktiviti perniagaan masing-masing.

 

Sehingga 23 November 2026, sebanyak 5,101 daripada 12,499 permohonan Skim Usahawan Bangkit di seluruh negara telah diluluskan, membabitkan peruntukan berjumlah RM14.99 juta.

 

Di Terengganu, sebanyak RM1,044,750 diluluskan kepada 380 usahawan dan peniaga kecil menerusi Program SejaTi MADANI\@Usahawan B40 bagi membantu mereka mendapatkan peralatan perniagaan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha membantu golongan usahawan mikro dan peniaga kecil itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam menjadikan mereka antara penggerak utama ekonomi rakyat.

 

Produk tempatan perlu manfaatkan pendigitalan

“Selaras dengan falsafah Belanjawan MADANI 2027, "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi", kerajaan turut memberi penekanan kepada pendigitalan bagi meningkatkan daya saing usahawan tempatan.

 

“Produk dan perusahaan tempatan Terengganu seperti songket, batik dan keropok lekor, selain perusahaan berasaskan marin serta pelancongan, perlu dimanfaatkan sebagai kekuatan ekonomi negeri untuk menembusi pasaran lebih luas,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Terengganu Equestrian Resort hari ini.

 

RM1.49 juta untuk 11 institusi pendidikan Islam

Dalam majlis sama, Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM1,497,000 bagi melaksanakan kerja pembaikan infrastruktur dan kemudahan di 11 institusi pendidikan Islam serta sekolah tahfiz di enam kawasan Parlimen di Terengganu.

 

Peruntukan itu bertujuan memperkukuh institusi pendidikan Islam selain menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa dan selamat.

 

Usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan ekonomi turut disertai peningkatan kesejahteraan rakyat dan kemudahan pendidikan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved