Gerhana bulan penuh hiasi langit Malaysia pada esok hingga Isnin

LocalSpace
6 Sep 2025 • 9:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 SEPT: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada esok hingga Isnin ini, bermula jam 11.28 malam hingga 4.55 pagi.

Di Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkata, semua peringkat fasa gerhana boleh dilihat dengan jelas sekiranya cuaca mengizinkan.

"Fenomena ini berlaku hanya beberapa hari sebelum bulan berada paling hampir dengan bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 kilometer.

"Ketika kemuncak, bulan akan kelihatan berwarna merah jingga, dikenali sebagai 'Blood Moon', hasil pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi," katanya.

Menurut MYSA lagi, keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa penumbra) berlangsung tiga jam 30 minit, manakala fasa penuh berlaku selama sejam 22 minit.

Fenomena sama turut dapat disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.

Berikut Fasa Gerhana Bulan Penuh:

  • Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam

  • Fasa Separa bermula: 12.26 pagi

  • Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi

  • Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi

  • Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi

  • Fasa Separa tamat: 3.56 pagi

  • Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi

  • image is not available

    image is not available

    image is not available

    image is not available
    541281892_1197261829108390_2472675392870256670_n.jpg