'Get well soon daddy' - Suami Amyza Aznan kritikal dan ditidurkan, anak mohon doa orang ramai

LocalHealth & Fitness
23 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Get well soon daddy' - Suami Amyza Aznan kritikal dan ditidurkan, anak mohon doa orang ramai

SUAMI pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang memerlukan perhatian selepas ditidurkan.

Perkara itu dikongsikan Amyza menerusi media sosialnya.

"Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur," titipnya yang turut memuat naik foto suaminya  sedang menerima rawatan.

Image from: 'Get well soon daddy' - Suami Amyza Aznan kritikal dan ditidurkan, anak mohon doa orang ramai

Sementara itu, pengurus Amyza memaklumkan akan berkongsi keadaan semasa selepas merujuk doktor yang merawat.

"Kepada media dan wartawan yang menunggu keadaan suami Amyza, kami akan mengemas kini sebarang info terbaharu dalam masa terdekat setelah merujuk kepada pihak doktor, terima kasih," titipnya.

Anak kedua Amyza, Adrian Adam turut memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan bapa.

Image from: 'Get well soon daddy' - Suami Amyza Aznan kritikal dan ditidurkan, anak mohon doa orang ramai

"Get well soon daddy. Doakan ayah saya semua guys, terima kasih," titip Adrian di IG story.

Media terdahulu melaporkan Khairil Izhar pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Mac 2024, bapa kepada tiga cahaya mata itu juga dilaporkan mengalami masalah buah pinggang kronik tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Sekadar info, Amyza dan Khairil Izhar berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam dan Ayden Andika.

Anak sulung mereka, Andre yang menghidap kanser paru-paru telah kembali ke rahmatullah pada 23 Februari lalu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved