
PETALING JAYA – Pelakon Amyza Aznan, 50, berkongsi khabar duka tentang keadaan suaminya Khairil Izhar yang kini sedang berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di hospital.
Amyza memaklumkan tentang perkara tersebut dalam akaun media sosialnya.
“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur. Segala urusan boleh hubungi pegawai perhubungan awam saya,” tulisnya.
Sebelum itu peserta Kilauan Emas Selebriti itu sempat berkongsi foto suaminya yang dipercayai berada di dalam ambulans.
Dalam foto tersebut, Khairil dilihat memakai alat bantuan pernafasan dan sempat membuat tanda isyarat tangan ‘peace’.
Terdahulu sebelum ini media melaporkan Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung.
Pada Disember 2023, Khairil pernah ditidurkan akibat sesak nafas namun kembali sedar selepas dua hari.
Anak sulung mereka, Andre Mikhail meninggal dunia pada 23 Februari lalu akibat sakit kanser paru-paru tahap tiga. KOSMO! ONLINE
The post Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di HKL appeared first on Kosmo Digital.






