
PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Amyza atau Amyza Azan, 50, menerusi Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur.
“Segala urusan boleh hubungi pegawai perhubungan awam saya,” katanya.
Sebelum ini, peserta Kilauan Emas Selebriti berkenaan ada memuat naik foto suaminya yang sedang berada di dalam ambulans.
Dalam hantaran tersebut, Khairil dilihat memakai baju bewarna biru dan alat bantuan pernafasan sambil sempat membuat tanda isyarat tangan ‘peace’.
Sebelum ini, Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung dan pernah ditidurkan berikutan masalah sesak nafas sebelum kembali sedar dua hari kemudian pada Disember 2023.
The post Suami Amyza Aznan kritikal dan ditidurkan di HKL appeared first on Utusan Malaysia.






