Getting Over It+ Dan TMNT Splintered Fate Antara 20 Permua Baharu Di Apple Arcade

TechnologyGamingDigital
5 May 2023 • 8:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple Arcade menambah 20 lagi permua baharu hari ini. Dengan ini Arcade menawarkan lebih 200 permua yang boleh diakses oleh pelanggan tanpa sebarang iklan. Antara permua baharu yang ditawarkan kali ini ialah TMNT Splintered Fate yang merupakan permainan eksklusif untuk Arcade sahaja pada waktu ini. Pemain mengawal watak dari siri komik popular Teenage Mutant Ninja Turtle.

image is not available

Permua lain yang mungkin menarik perhatian ialah Getting Over It+ ,Cityscapes: Sim Builder dan WHAT THE CAR? . Apple Arcade menambah permua baharu setiap minggu sejak perkhidmatan dilancarkan pada tahun 2019. Senarai lengkap kesemua permua baharu bulan ini adalah seperti di bawah.

  1. Chess Universe+ (Tilting Point) 
  2. Cityscapes: Sim Builder (Magic Fuel Games)
  3. Disney Coloring World+ (StoryToys)  
  4. Disney Getaway Blast+ (Gameloft)
  5. Disney SpellStruck (Artist Arcade)
  6. Farming Simulator 20+ (GIANTS Software) 
  7. Getting Over It+ (Bennett Foddy) 
  8. Hill Climb Racing+ (Fingersoft) 
  9. Iron Marines+ (Ironhide Game Studio) 
  10. Kingdom Two Crowns+ (Raw Fury) 
  11. My Town Home – Family Games+ (My Town Games LTD)
  12. Octodad: Dadliest Catch+ (Young Horses) 
  13. Playdead’s LIMBO+ (Playdead) 
  14. PPKP+ (SHIMADA TOSHIHIRO) 
  15. Snake.io+ (Kooapps) 
  16. Temple Run+ (Imangi Studios) 
  17. Time Locker+ (Sotaro Otsuka) 
  18. TMNT Splintered Fate (Paramount Global)
  19. Very Little Nightmares+ (Bandai Namco Entertainment) 
  20. WHAT THE CAR? (Triband)