“Gigi patah & badan lebam” – Misteri Kehilangan Kanak-kanak Terjawab, Ditemui 2KM Dari Rumah

Entertainment
30 May 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak lima tahun dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya pada Jumaat lalu di Taman Kuala Muda, Penaga telah selamat dijumpai dengan beberapa kecederaan ditubuhnya.

Menurut laporan The Star, kanak-kanak perempuan itu ditemui kira-kira 2KM dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 6 petang hari Sabtu lepas.

image is not available

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin memberitahu, sebaik sahaja kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Sabtu selepas meninggalkan rumahnya di Taman Kuala Muda pada petang Jumaat, polis melancarkan operasi membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk setempat.

“Orang awam menemui gadis itu dalam keadaan lemah di tepi jalan di Permatang Keriang kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Dia segera dihantar ke Hospital Kepala Batas. Dia didapati mengalami patah rahang, serta terdapat kesan calar di dagu dan belakang kepala, lebam di badan dan dua gigi patah.

Punca kecederaan sedang disiasat tetapi kanak-kanak masih trauma. Kami masih belum menemui tanda-tanda berlakunya jenayah,” katanya.

Pihak polis bagaimana pun, mengatakan tiada unsur jenayah dan menggesa sesiapa yang mempunyai malumat untuk membantu siasatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.