
Bintang Manchester City, Erling Haaland, menjadi wira Norway mara ke suku akhir Liga Negara-Negara (UNL) selepas menewaskan Denmark dengan kemenangan dramatik 3-2 di Parken awal pagi tadi.
Tuan rumah terlebih dahulu mendahului 2-0 sebelum pelawat melakar kebangkitan luar biasa, sekali gus menggagalkan Denmark untuk mara ke pusingan seterusnya.
Jaringan penalti pada minit ke-96 itu oleh Haaland membuatkan pemain dan penyokong Denmark berputih mata meskipun memiliki kelebihan awal.
Portugal and Norway complete the quarter-finals ✅ #NationsLeague https://t.co/8qeIvSD7dF
— UEFA EURO (@UEFAEURO) November 17, 2026
Norway mengiringi Portugal selaku dua pasukan terbaik Kumpulan A4.




