Giliran Iraq jadi mangsa Malaysia Tigress B-17

8 Oct 2026 • 11:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Giliran Iraq jadi mangsa Malaysia Tigress B-17

 

SELAYANG – Skuad wanita Bawah 17 Tahun (B-17) terus terus cemerlang apabila raih kemenangan selesa 4-0 ke atas Iraq pada aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2027 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Keputusan itu mengekalkan harapan untuk cuba melayakkan diri ke pusingan akhir dan segalanya bakal ditentukan pada perlawanan terakhir bertemu India.

Terdahulu, skuad kendalian Takayoshi Ishihara hanya memerlukan 18 minit untuk membuka jaringan menerusi Aisyah Nur Iman Mohd Fuad.

Ketika aksi hampir beraksi dengan satu jaringan, Qaseh Riana Dafira Mohd Rafiuddin yang muncul wira ketika kalahkan Syria pada perlawanan pertama terus pamer ketajaman apabila meledak gol kedua pada minit ke-45.

Kira-kira 11 minit selepas aksi bersambung, skuad negara makin selesa hasil penyudah sempurna bintang sensasi, Lim You.

Seterusnya, penguasaan terus menjadi milik Malaysia dan minit ke-85, usaha berterusan membuahkan hasil apabila Aisha Lynn Faris Mohamad Faris tampil tenang untuk merobek gawang lawan buat kali keempat.

Misi untuk memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia akan diteruskan dan target utama pastinya memburu kemenangan pada aksi terakhir kumpulan menentang India, Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

The post Giliran Iraq jadi mangsa Malaysia Tigress B-17 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved