Malaysia Tigress B-17 mula langkah kanan

5 Oct 2026 • 11:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia Tigress B-17 mula langkah kanan

SELAYANG – Skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara memulakan aksi kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2027 dengan langkah kanan selepas kalahkan Syria 1-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara mengekalkan rekod bersih ke atas wakil Asia Barat itu dimana Malaysia turut menang dengan keputusan sama pada pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2026, tahun lalu.

Sebaik aksi bermula, Malaysia Tigress B-17 dilihat terus menguasai permainan dengan mencipta beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan mampu dihasilkan untuk menyaksikan 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, skrip hampir sama terus berulang dimana Syria dilihat lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugasan bertahan.

Skuad negara yang dilatih Takayoshi Ishihara terpaksa menanti hingga minit ke-79 untuk memperoleh gol kemenangan menerusi Qaseh Riana. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia Tigress B-17 mula langkah kanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved