Giliran Kamal Adli pula dilantik jadi duta Jakel 2026 – “Dialah pilihan kami”

LocalEntertainment
27 Nov 2025 • 9:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Giliran pelakon terkenal, Kamal Adli pula dilantik menjadi duta raya bagi syarikat tekstil dan pakaian terbesar di Malaysia, Jakel, baru-baru ini.

Individu yang sebelum ini muncul sebagai watak misteri dalam video promosi Jakel akhirnya terungkai apabila syarikat itu mengesahkan pelakon Kamal Adli sebagai figura sebenar di sebalik kemunculan tersebut.

Kamal Adli pula dilantik

image is not available

Pendedahan itu sekali gus mengakhiri spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya-tanya mengenai identiti figura dalam video berkenaan diterbitkan.

“Misteri terjawab. Dialah pilihan kami, Kamal Adli sebagai Duta Jakel 2026,” ujar Jakel ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Artikel lain:

Kamal Adli pula dilantik

image is not available

Tahniah Kamal! Memang layak

Menjengah ke ruangan netizen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan ucapan tahniah kepada Kamal yang sememangnya sesuai menjadi duta kepada jenama terbabit.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Jakel turut mengumumkan pelantikan Elly Mazlein dan Que Haidar sebagai duta jenama mereka, menandakan penyertaan dua figura seni itu dalam barisan wajah rasmi kempen syarikat berkenaan.

Sumber: Instagram @Jakel Textile

View Original Article