Giliran Melaka pula pertahan kemenangan BN – Ab. Rauf

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 2:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Giliran Melaka pula pertahan kemenangan BN – Ab. Rauf

MELAKA – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan meningkatkan lagi semangat jentera BN Melaka untuk mempertahankan kerajaan negeri pada PRN yang dijangka diadakan tahun ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan PRN Negeri Sembilan yang diumumkan semalam memberi keyakinan kepada jentera parti untuk terus bekerja mendekati rakyat bagi memastikan momentum kemenangan itu dapat diterjemahkan di Melaka.

“Kita semalam dah dengar keputusan (PRN) di Negeri Sembilan. Cantik kan?. Jadi apa salahnya kalau disimbah (kemenangan) ke Melaka sikit, boleh?. Siapa yang nak menyimbah ni?. Kamu oranglah yang simbah. Sebab itu dalam program Jelajah Ketua Menteri Bersama Rakyat ini memang saya pergi cari orang kampung.

“Tak payah datang cari saya dekat pejabat (biar) saya datang jumpa kamu semua dan cakaplah apa masalah yang ada,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Nelayan Telok Mas sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di Jeti Nelayan Tanjung Nibong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab. Rauf mengingatkan rakyat supaya terus memelihara kestabilan politik dan pembangunan yang dikecapi negeri ini.

“Kita umpama pohon yang rendang. Bila pohon rendang, buahnya banyak. Hujan panas boleh berteduh, perut lapar pun boleh dimakan. Tapi janganlah tebang pohon ini. Baja dia, jaga dia, tak lama lagi kita nak sampai Hari Raya dah ni (jadi) jangan fikir banyak-banyak. Kalau benda dah cantik, jaga elok-elok,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan tambahan peruntukan RM400,000 bagi pembinaan bangsal di Jeti Tanjung Nibong selain meneruskan bantuan RM200 kepada setiap nelayan yang layak. – KOSMO! ONLINE

The post Giliran Melaka pula pertahan kemenangan BN – Ab. Rauf appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved