GISBH Tegaskan Sentiasa Patuh Undang-Undang, Nafi Eksploitasi Kanak-Kanak Sebagai Pekerja

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 9:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.

Dalam pada itu, GISBH menyatakan dakwaan tersebut merupakan fitnah yang berniat jahat bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap syarikat itu.

GISBH nafi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja

image is not available

Foto: Astro Awani

Pada masa yang sama, GISBH juga menyatakan mereka sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.

“Pendirian kami jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, GISBH juga berharap agar kenyataan-kenyataan fitnah dari pelbagai pihak dapat dihentikan dalam membina masyarakat saling bertolak ansur.

image is not available

“Kami berdoa kepada Allah SWT aga segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan.

“Mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling bantu-membantu dalam membina masyarakat MADANI seperti yang dicita-citakan oleh pimpinan negara Malaysia yang tercinta ini,” ujarnya.

Sebelum ini, GISBH menyatakan mereka sedia memberikan kerjsama sepenuhnya kepada pihak polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung tuduhan jenayah dan ajaran sesat yang dikaitkan dengan syarikat itu.

image is not available

Foto: Astro Awani

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi hari ini, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Sumber: Facebook GISB Holdings Sdn Bhd