“Kami Berdoa Kepada Allah SWT Agar Fitnah & Tohmahan Ini Dapat Dinoktahkan” – GISBH Nafi Ekploitasi Kanak-Kanak

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Syarikat GISB Holdings menafikan tuduhan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja dan menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang.

Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara. Kami bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini.

image is not available

Kenyataan itu dikeluarkan GISBH selepas pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun dan dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan .

Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB Holdings Sdn Bhd.

Kami berdoa kepada Allah SWT agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan, mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling membantu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebentar tadi mendedahkan terdapat bukti yang mengaitkan syarikat ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) dengan kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

image is not available 23 hours ago

[Kes Rumah Amal Global Ikhwan] "Kanak-Kanak Diajar Cara Meliwat Rakan Sendiri, Turut Diliwat Penjaga" - KPN