BANGI - Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Nusantara 2.0 selepas dilaporkan dipintas pihak Israel di perairan Mediterranean pada Khamis.
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal dinaiki aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) bersama ketua dunia, Thiago Avila antara yang terputus hubungan.
Menurutnya, sebanyak 22 kapal daripada keseluruhan 63 peserta telah dipintas oleh tentera rejim Zionis.
"Mereka ditahan dan diculik secara tidak sah.
"Kali kedua ini rejim Zionis sangat terdesak melakukan tindakan pengecut membuat gangguan sangat awal ketika kita berada di perairan antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar khas SNCC di Bandar Puteri Bangi di sini pada Khamis.
AKAN MENYUSUL






