GNOME Asia 2026 Di Terengganu, Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini – Jom Daftar!

LocalTechnology
14 Oct 2026 • 7:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GNOME Asia 2026 Di Terengganu, Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini – Jom Daftar!

GNOME merupakan persekitaran desktop yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan pengguna sistem operasi berasaskan Linux, dan digunakan meluas oleh pelbagai variasi sistem operasi, termasuk Ubuntu dan Fedora. Terbaru, persidangan GNOME Asia 2026 memilih lokasi di Terengganu, Malaysia dan bakal dianjurkan pada penghujung bulan ini, bermula 31 Oktober 2026 sehingga 2 November 2026.

Image from: GNOME Asia 2026 Di Terengganu, Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini – Jom Daftar!

Persidangan ini akan berlaku dalam format hibrid, dan membincangkan pelbagai perkara melibatkan GNOME, hala tuju, ciri-ciri baharu dan sebagainya. Ia juga dianjurkan dalam meraikan komuniti sumber terbuka, khususnya GNOME di rantau Asia.

Selari dengan penganjuran ini juga, versi GNOME akan datang bakal menggunakan nama kod “Terengganu”, sekaligus mempromosikan negeri tersebut di persada global, terutamanya dalam kalangan peminat Linux.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri menyertai GNOME Asia hari ini, dan menyertai perbincangan berkaitan pembangunan dan masa depan perisian sumber terbuka berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved