
SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam dan Hulu Selangor sehingga 7 malam ini.
Keadaan sama dijangka berlaku seluruh Perlis, Kedah, Perak, Melaka, beberapa kawasan di Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Sarawak.
MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

The post Sabak Bernam, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam appeared first on Selangorkini.

![[VIDEO] 'Pengundi Melayu jangan jadi macam lesung dengan alu' - Abdul Hadi](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)