“Goodluck bang” – [VIDEO] Isteri ‘Tangkap’ Suami Tengah Selfie Dengan Perempuan Lawa Di Bazar

Entertainment
31 Mar 2023 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dugaan untuk bulan puasa ini memang mencabar sangat, lelaki kena jaga mata, wanita kena jaga emosi, lebih menduga lagi kalau si lelaki dan wanita itu ada ikatan sah sebagai suami isteri.

Kisahnya ada satu video viral bila suami ‘kantoi’ mengambil swafoto bersama seorang peniaga di sebuah bazar yang bertempat di Sabah.

 

Kantoi bergambar dengan perempuan lawa dekat bazar

Kelakuan si suami itu dirakam oleh isterinya dari dalam kereta, menurut si isteri, suaminya itu ada memaklumkan bahawa mahu beli Lai Chee Kang tapi pergi beli nasi ayam sambil menunjukkan suaminya sedang swafoto dengan seorang wanita jelita.

Selesai bergambar dengan wanita tersebut, suaminya itu menuju ke kereta tetapi isteri dah lock pintu tidak membenarkan suaminya masuk.

Dalam video seterusnya, dilihat si peniaga itu ada tampil memberi respon dengan meminta agar si isteri tidak memarahi suami yang ingin membelikannya nasi ayam. Malah, difahamkan peniaga tersebut agak terkenal dengan jualan nasi ayamnya, malah wanita tersebut dikatakan berstatus janda.

Video yang asalnya dimuat naik di TikTok ini telah dikongsikan semula di Twitter, dalam perkongsian asal, ada satu video menunjukkan si suaminya itu kena tidur dekat masjid dan dibenarkan pulang selepas waktu berbuka.

Di ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi, ada yang gelakkan si suami dan ada juga kurang berkenan dengan kelakuan si suami yang dikatakan tidak menjaga hati isteri.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa bahawa wanita tersebut sebenarnya dah kena blacklist dalam kalangan para isteri di luar sana. Betul ke?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.