Google Akan Buang Aplikasi Tidak Berkualiti Dan Bermasalah Dari Google Play Store

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 2:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini mengumumkan kemaskini pada polisi Google Play Store, sekaligus memaklumkan semua aplikasi perlu mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan, dan aplikasi yang kurang berkualiti dari segi fungsi akan dibuang daripada gedung aplikasi berkenaan.

image is not available

Google menekankan aplikasi perlulah stabil, responsif, dan menawarkan pengalaman penggunaan yang baik. Aplikasi yang tidak mempunyai tahap kualiti asas sebagai sebuah aplikasi mudah-alih, kekurangan kandungan, atau tidak menawarkan pengalaman yang konsisten tidak dibenarkan di Google Play.

Ini termasuk aplikasi aplikasi yang sekadar menawarkan kandungan statik seperti hanya teks atau PDF sahaja, aplikasi dengan kandungan yang terhad, dan aplikasi yang tidak menawarkan sebarang ciri-ciri. Google turut menyenaraikan aplikasi yang tidak boleh dimuatkan, tidak responsif, dan sebagainya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan meningkatkan kualiti gedung Google Play sendiri, dan menawarkan aplikasi yang lebih baik kepada para pengguna. Google menyatakan perubahan baharu ini akan berkuat-kuasa 31 Ogos 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved