Google Akan Buang Ciri Paparan “Basic HTML” Untuk GMail Pada Januari 2024

TechnologyDigital
24 Sep 2023 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramai pada hari ini sedia menggunakan GMail dengan bentuk paparan biasa, serta menikmati sejumlah ciri-ciri menarik yang hadir pada klien emel berkenaan. Ini sekaligus membuatkan Google akan menamatkan sokongan ciri paparan “Basic HTML” pada GMail. Google menyatakan akan membuang ciri “Basic HTML” ini pada Januari 2024 kelak.

image is not available

GMail Basic HTML membawakan paparan asas untuk perkhidmatan emel dibawah Google berkenaan. Ia sebelum ini popular digunakan ketika sambungan internet perlahan – namun kini dengan lebih ramai menggunakan rangkaian 5G dan juga sambungan berasaskan fiber, pengguna versi Basic HTML makin kurang dari hari ke hari.

Selepas tarikh berkenaan, Google akan membawa semua pengguna kepada paparan biasa GMail. Kelebihan paparan biasa GMail adalah integrasi sejumlah ciri menarik, termasuk dari segi pemformatan, kemudahan integrasi senarai buku alamat, menyemak ejaan, dan sebagainya.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan GMail dalam mod Basic HTML?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved