Google Akan Menamatkan Sokongan “Instant Apps” Di Android Pada Penghujung 2025

TechnologyDigital
13 Jun 2025 • 11:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini dilihat akan menamatkan salah satu ciri pada Android, iaitu sokongan Instant Apps. Melalui ciri yang pernah diperkenalkan pada 2017 yang lepas, ia membolehkan pembangun menyediakan aplikasi versi ringkas mereka, membolehkan pengguna mencubanya tanpa perlu memasang aplikasi terlebih dahulu.

image is not available

Langkah ini sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui penawaran aplikasi berkenaan, sebelum memilih untuk memasangnya. Google dilihat mungkin menamatkan sokongan untuknya kerana tidak ramai yang menggunakannya, atau tidak ramai pembangun aplikasi yang mengimplementasikan sokongan berkenaan.

Di Malaysia, salah satu aplikasi yang kami perasan menggunakan sokongan Instant Apps ini adalah Sinar Harian. Apabila pengguna yang tidak memasang aplikasi Sinar Harian klik pada pautan berita Sinar Harian, anda akan diperlihatkan dengan pop-naik untuk mencuba Instant Apps. Selain Sinar Harian, kami seperti tidak menemui sebarang aplikasi lain mengimplementasikannya.