Google Akan Menggantikan Pengesahan SMS Untuk GMail Dengan Pengesahan Berasaskan Kod QR

TechnologyDigital
24 Feb 2025 • 10:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini sedia menggunakan pengesahan berasaskan kepada SMS untuk GMail untuk pendaftaran, mahupun untuk pengesahan dwi-faktor. Namun, perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui Forbes, ia dilaporkan GMail akan menggantikan penggunaan pengesahan berasaskan kod SMS, dan menggantikannya dengan pengesahan berasaskan kod QR. Melalui perubahan ini kelak, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah kod QR, dan seterusnya perlu mengimbas ia menggunakan aplikasi kamera pada telefon pintar.

Dengan langkah ini, kos penghantaran SMS dapat dikurangkan, disamping pada masa yang sama dikatakan lebih baik dari segi sekuriti, dimana pengguna tidak boleh tertipu untuk berkongsi kod SMS.

Maklumat penuh berkenaan penggunaan pengesahan berasaskan kod QR ini tidak dikongsikan lagi. Ia juga tidak diketahui sama ada GMail akan turut menyokong pengesahan menggunakan Google Authenticator atau sebaliknya.

Google mungkin berkongsi lanjut secara rasminya berkaitan hal ini dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved