Google Akan Mula Hadkan Akses Gemini Percuma Kepada Model Gemini Flash-Lite Sahaja

Technology
4 Oct 2026 • 8:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Akan Mula Hadkan Akses Gemini Percuma Kepada Model Gemini Flash-Lite Sahaja

Google kini mula memaklumkan para pengguna perkhidmatan kecerdasan buatan Gemini, mengatakan bermula 9 Oktober 2026, mereka akan melakukan perubahan pada capaian model Gemini, berasaskan kepada pelan yang dilanggan.

Bermula tarikh berkenaan, pengguna pelan percuma akan dihadkan kepada akses sehingga model Gemini Flash-Lite sahaja, sementara pengguna yang melanggan pelan Google AI Plus pula akan dihadkan akses kepada model sehingga Gemini Flash sahaja.

Hanya pengguna pelan Google AI Pro dan Google AI Ultra sahaja yang diberikan akses kepada Gemini Pro dan menikmati model paling berkuasa ditawarkan Gemini. Dengan langkah ini, Google akan dapat menguruskan kos penggunaan dengan lebih baik lagi, dan mengehadkan penawaran model berkuasa kepada pengguna yang membayar pelan mahal sahaja.

Perkongsian ini hadir selari dengan pihak Google yang kini sedang merancang pengenalan model Gemini 4 Argon kepada umum tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved