Google Bereksperimen Dengan Kaedah Pelayaran Web Baharu Era AI Melalui Disco

TechnologyDigital
12 Dec 2025 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google hari ini mengumumkan penawaran eksperimental terbaru mereka, dinamakan Disco. Melaluinya, ia memfokuskan kepada kaedah pelayaran yang serba baharu dikuasakan dengan kecerdasan buatan janaan, dan menjadikan pelayaran web lebih teratur.

Disco hanya ditawarkan kepada pengguna terpilih, dan perlu melalui proses pendaftaran minat terlebih dahulu. Google menawarkan pelayar web eksperimental ini untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Pada Disco, pengguna boleh bertanyakan sebarang soalan, dan seterusnya ia akan melakukan pencarian, dan membolehkan pengguna membuka semua tab berkaitan. Lanjutan daripadanya, pengguna turut boleh mengubah ia dalam bentuk aplikasi mini dinamakan GenTabs – dimana ia menyatukan pelbagai informasi yang anda perlukan, dan memaparkan dalam satu antaramuka mudah. Pelbagai teknologi ini turut dikuasakan oleh penggunaan model Gemini oleh Google.

Dengan langkah ini, ia dilihat membawa kepada pengalaman serba baharu dalam pengalaman, dan memudahkan lagi pengurusan melalui GenTabs.

Buat masa ini, Google masih lagi bereksperimen, dan memberikan akses secara terhad untuknya. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkembangkan lagi dan diintegrasikan ke Chrome atau tidak.