Google Circle To Search Kelak Akan Disertakan Dengan Animasi Mirip Apple Intelligence

TechnologyDigital
26 Nov 2024 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google nampaknya mungkin melihat Apple Intelligence sebagai pesaing sengit untuk ciri AI generatif yang mereka tawarkan. Walaupun Apple Intelligence tidak memberi pengalaman penggunaan lengkap, konsep yang diberikan sememangnya menarik. Terbaru, Google dilihat mengambil animasi Apple Intelligence sebagai inspirasi untuk ciri AI mereka.

image is not available

Akan datang, Circle to Search iaitu ciri carian AI yang mencari sesuatu berdasarkan apa yang terpapar pada skrin peranti pengguna bakal menggunakan animasi mirip Apple Intelligence. Keseluruhan skrin akan menyala dengan elemen warna-warni yang bergerak sebelum bar Circle to Search dipaparkan. Bukan itu sahaja, lakaran untuk memilih kawasan carian turut akan mempunyai animasi lebih kurang sama.

Tema warna dilihat mengikut empat warna pada logo Google. Ciri ini ditemui pada kod aplikasi Google versi 15.47.26.sa.arm64 beta. Ia dilihat turut mempunyai bar carian dengan talam aplikasi tersendiri seperti laporan sebelum. Adakah anda suka Google mengambil Apple sebagai inspirasi?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved