Google Gemini Mungkin Akan Diintegrasikan Dalam iOS Bermula Tahun 2025

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 10:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Intelligence adalah teknologi kecerdasan buatan generatif Apple yang diintegrasikan secara mendalam pada iOS, macOS dan iPadOS. Walaupun konsep yang cuba dibawakan nampak menarik, percubaan awal kurang keunikan berbanding Galaxy AI oleh Samsung. Siri juga masih dungu dan jika tidak boleh menjawab ia akan meminta bantuan ChatGPT. Akan datang, jika Siri tidak masih dungu – Google Gemini sedia membantu.

image is not available
Apple Intelligence + ChatGPT

Sejak bulan Mac lepas telah kami laporkan yang Apple dalam perbincangan bersama Google untuk integrasi Gemini pada iPhone. Kemudian pada bulan Jun ada petanda yang Gemini adalah salah satu model AI selain ChatGPT yang boleh digunakan bersama Apple Intelligence. Laporan Mark Gurman melalui Power On menyatakan integrasi Gemini mungkin akan tiba pada tahun 2025. Namun tiada sebarang tarikh tetap adalah masih dalam iOS 18 atau iOS generasi baharu.

Untuk sementara waktu, jika anda adalah pengguna Google Gemini dan ingin menggunakannya pada iPhone dengan ciri dan fungsi lengkap – aplikasinya telah pun tersedia di App Store.